Sekadar Hembusan Dari Hati

Sekadar Hembusan Dari Hati
sesekali sepi itu indah karna kita punya waktu untuk mengingati, merindui...

Monday, May 11, 2009

selamat hari ibu- coretan buat bonda tercinta



selamat hari ibu..
hanya ungkapan ini yang mampu aku kalungkan buatmu ibu..
ibu yang tidak pernah mengenal erti kalah, ibu yang tidak pernah mengenal erti payah..
ibu, engkaulah insan mulia dunia dan akhirat..
setitik susumu ibu yang kuminum.. kuhutang dahulu..
akan kubayar kelak ibu..

ibu..
engkaulah insan yang paling tabah, setabah2 ciptaanNya..
aku bangga menjadi anakmu ibu.. aku bangga!
ketabahanmu ibarat tiang yang menyokong kami..
andai patah tiangmu, rebahlah kami, jatuhlah kami menghempas bumi..

ibu, engkau membesarkan kami dengan linangan air mata pilumu..
disaat2 insan lain merasakan bahagia, engkau hiba menderita..
dengan linangan air mata kau bangun..
engkau merangkak mengatasi kepayahan, demi kami anak2mu..

ibu, kini engkaulah ibu engkaulah bapa..
keringatmu yang mengalir sungai rezeki kita sekeluarga
jalinan hiba pada wajahmu sumber inspirasi..
alis mata sepimu lambang kesucian.. lambang keagungan!

ibu,
walaupun kini engkau seorang sahaja yang membesarkan kami
kupasti, suatu hari nanti kau pasti bangga..
anak2mu kini mula mengorak langkah ke mercu jaya..
insyaAllah, sengenggam ijazah pasti didalam genggaman kami semua..

ibu, doaku semoga kau bahagia selalu..
andai tiada lagi pertemuan kita bersama abah di dunia ini...
kupasti, suatu hari nanti kita pasti akan bersama..
mahsyar, pasti menjanjikan pertemuan abadi kita sekeluarga..

ibu..
syurgalah selayaknya bagimu..
dengan linangan air mata ini aku memohon doa..
semoga engkau panjang umur dan yakinlah..
kami anak2mu akan melakarkan potret indah buat tatapan hidupmu..
wassalam..

buat semua ibu di dunia..
SELAMAT HARI IBU
jasamu umpama selautan kasturi yang kekal mengharum di persada hati..

lama betul aku menyepi...
kebizian membatasi..
kekalutan melanda..
kini aku kembali..

No comments: