Sekadar Hembusan Dari Hati

Sekadar Hembusan Dari Hati
sesekali sepi itu indah karna kita punya waktu untuk mengingati, merindui...

Monday, November 24, 2008

aku masih mampu berdiri~


kadang2, hidup ni terlalu mendesak. kadang2 rase cam xleh handle je smuanye. tapi bak kate org, itulah hidup. cam aku ni, slalu aje rebah. bukan atas kesilapan diri tapi desakan luaran. aku cuba keluar dari kepompong ini, tapi apakan daya. inilah dugaanNya... sejak diri menginjak dewasa, desakan makin menjadi2. kata org, remaja adalah dunia kita.. tetapi tidak bg aku. remaja mengajar aku erti kedewasaan...

dalam aku melangkah serta berlari mencari pelangi, hujan kian lebat. aku basah, terduduk didalam kedinginannya.. sekali sekala aku cuba bangun, tapi aku lesu. tanganku menggigil, kakiku longlai~ aku terus terduduk, kaku..

warna pelangi itu direnggut satu persatu, kini pelangi harapanku musnah.. zaman kolej zaman indah, aku cuba mulakan hidup baru~ aku cuba lakarkan potret kehidupan yang serba sempurna..

dalam aku melakar, tintaku patah.. tergores cebisan kertas itu.. musnah.. rakan tidak mengerti lantas aku terbuang, aku lakarkan hidup baru diatas kertas baru.. aku lakarkan watak hidup..itu aku! keseorangan..

aku melangkah sepi, aku menggapai teman disisi, semua mencemuh.. bibir dijuihkan.. aku pasrah, aku melangkah.. aku sedar, hidup ini tidak boleh terlalu mendambakan kasih dr insan lain.. aku cuma mengharapkan teman, tapi biarlah.. namun ada insan yg masih yang masih sedar akan kewujudanku, insan yg paling banyak berjasa. insan inilah yang menghidupkan aku semula.. arifah teman yang tidak sekali meninggalkan aku keseorangan.. terima kasih,

me n ifa

setelah sekian lama aku keseorangan, aku mula melebarkan kuncupanku.. kelopak hidupku mula mekar. aku mampu menzahirkan senyuman dibalik parut duka yang masih tercalar. disitu bermulanya zaman kolejku..

kini, senyum dan tawa mula terlakar. aku bahagia.. aku tunduk syukur atas tuhan yang Esa, doaku dimakbulkan..

namun, indah itu tidak kekal lama. dalam aku merangkak mengatasi kepayahan, sekali lagi aku terjatuh ke jurang yang dalam. tapi kali ini, aku tidak dapat bernafas.. nyawaku seolah-olah sedang dicabut oleh malaikat. aku menangis, aku pedih, aku perit..

abah... kenapa terlalu cepat?? kenapa jadi begini... aku sedih... saat anak lelaki bersama ayah tersayang tiada lagi.. aku redha dengan ketentuan ilahi...

abah, doa kami sekeluarga sentiasa meniti dibibir. semoga abah tenang, semoga abah sabar, suatu hari kita pasti bersama lagi.. andai tiada lagi jodoh pertemuan kita di dunia, kita bertemu di mahsyar.. pertemuan indah kita sekeluarga.. abah, hampir 3 tahun sudah aku tidak merasakan kasih sayangmu~ aku masih rindukan saat dulu..

abah, aku kini telah dewasa, aku kenal apa itu tanggujawab.. engkau mendewasakanku abah.. aku mahu engkau sentiasa senyum dan yakin bahawa aku mampu untuk membahagiakan keluarga kita.. yakinlah abah, aku mampu...

abah, engkau senantiasa dihati kami

jika aku terkenangkan abah, wajah emak sering melatari kisah sedihku.. emak kian kurus, tapi emak "engkau tetap cantik" dimataku.. emak adalah insan yang paling cekal dalam dunia ini..
emak mampu menyara kami dengan linangan air mata sepinya..

itulah ibu, insan yang mampu menggoncang dunia.. tiada apa lagi yang mampu menangkis kekuatan serta ketabahan insan lemah ini.. aku berbangga menjadi anakmu.. emak, jasamu tidak terbalas...

emak tersayang, insan paling tabah..


namun, dengan kuasa tuhan, alhamdulillah.. " aku masih mampu berdiri" disini.. keluarga serta teman insan yang membantu aku untuk terus berdiri disini.. terima kasih atas segalanya, aku sedar ungkapan ini masih belum mampu membalas jasa kamu semua kepadaku~

papehal, ni blog pertame yg aku tulis dalam page nih..
ngantok~ dah pkl 5 pg..huuu~

2 comments:

adey manis said...

hmm.. betol.. hidup nim byk dugaan. mcm2 jnis mnusia kita tmui.. dan kita bljr dr ksilpn bila btmu dgn mnusia mcm tu

Pamee CliQue said...

mamma mia:- betul 2.. kdg2, pengalaman 2 wat kite jd lbey dewasa..