guru yang baik memahami,
guru yang baik menasihati,
guru yang baik mengasihi
itulah guru..
sebut pasal menda nih sume,
teringat lak satu sajak luahan hati anak murid..
bile bace, syahdu jap..
hati kecil berdetik
"pernah ke aku wat kat budak aku mcm nih???"
Luahan hati anak muridmu
jangan pekikkan ke telingaku lagi!
kata-kata nista itu
ia buat hatiku terusik
ia buat jasadku menjadi lemah
aku tahu kejahilanku
akalku lemah untuk menerima
walau telah sedaya upaya aku mencuba
namun kecundang di penghujungnya
lalu..
masih bersalahkah aku
masih layakkah aku dicemuh begitu
di hadapan rakan-rakanku
tolong cikgu!
kata-kata itu tidak layak untuk aku
untuk aku yang serba kekurangan ini
untuk kau yang bergelar anak muridmu
aku juga ingin sepintar mereka
yang pantas mengira apabila diminta
yang hebat dalam membina ayat
yang kuat ingatan dalam menghafal
aku tidak sebanding mereka semua
tapi cikgu...
aku kenal huruf A
aku kenal alif, ba, ta
aku boleh membaca dua suku kata
aku anak muridmu cikgu
yang mungkin terpinggir dalam perjalanan
yang tersadung kakinya semasa berlari
yang tergelincir ketika cuba mendaki
aku masih berpeluang untuk bangun
berlari seperti mereka
mendaki seperti mereka
dan di suatu masa
aku akan menjadi insan berguna
hurm... 2 le..
sbg seorang guru atau bakal guru,
kite xleh sewenang2nye marah bdk kita,
herdik tanpa soal siasat..
cian kat diorang..
sebagai seorang guru yang baik..
kita harus memahami mereka,
bukan mereka yang cuba memahami kita..